Thursday, April 3, 2008

Usah beban pelajar pintar

KUALA LUMPUR: Media dan orang ramai diminta jangan memberi liputan meluas kepada kanak-kanak yang tiba-tiba dikesan sebagai pintar kerana boleh menjejas personaliti dan kehidupan normal mereka.

Pegawai Psikologi Cawangan Pengurusan Prestasi dan Tatatertib Kementerian Penerangan, Mohd Akmal Mustapa, berkata sebaik disedari kepintaran mereka, pihak media, orang ramai dan golongan ilmuwan selalunya akan segera memberi perhatian kepada kanak-kanak terbabit.

“Ini seterusnya akan menyebabkan kanak-kanak pintar itu menjadi sibuk sebelum waktunya,” katanya.

Tiga dekad yang lalu, negara mula dikejutkan dengan penemuan seorang kanak-kanak genius dari Kedah, Mohd Shukri Hadafi yang mampu membaca akhbar pada usia empat tahun.

Tetapi kini untung nasib kanak-kanak terbabit yang sudah menjadi dewasa tidak lagi diketahu. Seorang lagi kanak-kanak pintar yang kini menjadi perhatian ialah Adi Putra Abdul Ghani yang mempunyai kebijaksanaan luar biasa dalam matematik. Namun dia juga dilapor menghadapi konflik berkaitan taraf pendidikannya. - Bernama

1 comment:

nikmatnya... said...

SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…

YANG SIMPATI,

+60128624623

http://826.pollhost.com

lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah