Tuesday, April 1, 2008

Psikiatri mania?


KUALA LUMPUR: Pelajar genius matematik, Sufiah Yusof, 23, berkemungkinan menderita masalah psikiatri mania yang boleh menyebabkan nafsu seksnya meningkat terlalu tinggi hingga mendorongnya terbabit dalam aktiviti pelacuran.

Perunding Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Osman Che Bakar, berkata ada kemungkinan Sufiah berhadapan dengan masalah itu berdasarkan simptom yang ditunjukkan.

Katanya, perbuatan gadis itu melacurkan diri memang menimbulkan kejutan dan pelbagai persoalan di kalangan orang ramai kerana dia sebelum ini mempunyai masa depan cerah dan tidak sepatutnya terbabit dalam aktiviti hina berkenaan.

“Tetapi dari sudut psikologi, kemungkinan Sufiah berhadapan dengan masalah mania yang antara simptom penyakit itu adalah keinginan seks meluap-luap, hiperaktif, terlalu ceria, berkeyakinan tinggi, berfikir dengan pantas, bertenaga, hilang keinginan tidur dan terlalu peramah.

“Kemungkinan penyakit itu sudah lama ada dalam dirinya, tetapi ia tidak disedari dan tidak dapat dikesan dari awal hingga gagal dirawat dan dibendung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, mania boleh berlaku akibat pelbagai faktor, tetapi selalunya ia dikaitkan dengan gejala bipolar, di mana beberapa episod mania boleh berubah-ubah mengikut putaran dan digantikan dengan episod kemurungan klinikal.

Antara simptom mania yang lain adalah pesakitnya menampilkan karakter berbeza dengan dirinya sebelum ini termasuk terbabit dalam aktiviti seksual berisiko, berbelanja besar secara membazir atau menjadi terlalu sensitif.

Dr Osman berkata, mania juga selalunya berkait rapat dengan penyakit keturunan, tetapi ia boleh dirawat jika pesakit dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri untuk menjalani rawatan.

“Dengan rawatan bersesuaian, kebanyakan pesakit yang menderita gejala bipolar mampu distabilkan dan menjalani kehidupan secara normal,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa atau ahli keluarga perlu peka terhadap perubahan sikap anak supaya masalah psikiatri seperti gejala bipolar dapat dikesan dari awal seterusnya mengelak pesakit melakukan sesuatu yang boleh disesali kemudian hari.

1 comment:

nikmatnya... said...

SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…

YANG SIMPATI,

+60128624623

http://826.pollhost.com

lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah