Monday, April 21, 2008

Sufiah tak bodoh

source : mymetro 210408
KUALA LUMPUR: “Dia bukan bodoh,” kata Presiden Persatuan Melayu United Kingdom (Melayu UK), Hamidi Abdul Rahman mengenai kemungkinan wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, kembali ke pangkal jalan selepas tersilap langkah menjadi pelacur.

Hamidi berkata, beliau yakin bekas pelajar Universiti Oxford yang menggemparkan dunia menerusi pendedahan kisahnya menjadi pelacur dalam akhbar News of The World, akan menghubungi pihaknya dan bersetuju menjalani rawatan menggunakan kaedah Islam seperti ditawarkan sebelum ini.

“Kerjayanya sekarang tiada ‘future’ (masa depan) dan sebagai seorang yang pintar, Sufiah pasti mempertimbangkan tawaran kami dengan sewajarnya.

“Sebelum ini, mungkin dia tak tahu nak hubungi siapa untuk meminta bantuan. Insya-Allah, apabila mengetahui hajat kami ini, dia akan bersetuju untuk dirawat,” katanya ketika dihubungi di London, malam tadi.

No comments: