Wednesday, April 2, 2008

Jabatan Pelajar Malaysia di London akan siasat kes Sufiah


02-04-2008 07:17:05 PM
oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi akan mengarahkan Jabatan Pelajar Malaysia di London untuk menyiasat kes pelajar pintar matematik, Sufiah Yusof yang dipercayai 'melacurkan' diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata hasil daripada maklumat itu nanti akan digunakan kementeriannya untuk cuba membantu gadis berusia 23 tahun itu.

“Kita akan cuba dapatkan maklumat sama ada Sufiah benar-benar melacur untuk menampung kehidupan dan pengajiannya atau ada sebab-sebab lain.

“Bagaimanapun, kita percaya, dia melakukan pekerjaan itu bukan untuk menampung pengajian kerana dia dipercayai sudah lama meninggalkan pengajiannya di Oxford.

“Mungkin ada sebab lain yang mendorongnya berbuat demikian termasuk masalah yang dihadapinya dalam keluarga,” kata Mohamed Khaled selepas sidang media pengumuman Anugerah Akademik Negara 2007 yang mula dibuka, di sini, Rabu.

Ditanya mengenai kemungkinan negara akan membawa pulang gadis yang ibunya berasal dari Malaysia itu, Khaled berkata banyak faktor yang perlu diambil kira.

“Sufiah adalah warga British walaupun ibunya berasal dari negara ini.

“Justeru, kita tak boleh membawanya pulang tambahan lagi dia sudah berusia 23 tahun dan boleh membuat keputusan sendiri,” katanya.

Ahad lalu, akhbar News of The World edisi online melaporkan Sufiah mengiklankan ‘perkhidmatannya’ dengan menggunakan nama samaran Shilpa Lee melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Sufiah pernah menjadi bahan berita kira-kira sedekad lalu sebagai kanak-kanak pintar dalam Matematik apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun.

link mstar

1 comment:

nikmatnya... said...

SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…

YANG SIMPATI,

+60128624623

http://826.pollhost.com

lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah