Thursday, April 3, 2008

Ibu rindu Sufiah


Oleh Mohamad Hussin dan Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya sangat-sangat rindukan Sufiah,” demikian luahan Halimaton Yusof, ibu wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, ketika bertemu dengan Presiden Persatuan Melayu United Kingdom (UK), Hamidi Abdul Rahman yang berkunjung ke rumahnya di Coventry, England, kelmarin.

Hamidi, 50, yang lebih 30 tahun menetap di UK, berkata beliau yang ditemani isteri, Shamsina Abdul Karim berbincang dari hati ke hati dengan Halimaton.

Dalam pertemuan tujuh jam itu, Halimaton meminta Hamidi menguruskan soal pencarian Sufiah kerana merasakan beliau orang paling layak berbuat demikian.

“Kami membincangkan strategi paling efektif bagi mencari Sufiah dan saya dipertanggungjawabkan Halimaton untuk menguruskannya berikutan persahabatan baik saya dengan keluarganya selain tahu selok-belok dan mempunyai jaringan besar di UK.


“Saya juga cuba menyelidiki perwatakan Sufiah dengan bertanya sendiri kepada ibunya,” katanya ketika dihubungi di London, malam tadi.

Ditanya keadaan Halimaton, Hamidi berkata, ibu bekas penuntut Universiti Oxford itu, tenang dan tidak terlalu beremosi.

“Bagaimanapun, Halimaton ada meluahkan kebimbangannya kepada saya kerana Sufiah pernah menghantar e-mel melarang beliau mencarinya tiga tahun lalu. Jika dicari, dibimbangi anaknya itu melakukan sesuatu tidak diingini,” katanya.

Hamidi yang juga jururunding sebuah firma teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) beribu pejabat di Oxfordshire, berkata pihaknya bercadang menubuhkan pasukan khas untuk menangani permasalahan sosial di kalangan masyarakat Melayu yang tinggal di UK.

“Tragedi yang menimpa Sufiah menjadi teladan dan menunjukkan pentingnya untuk masyarakat Melayu di sini mempunyai kumpulan penyokong atau pasukan khas untuk membantu mereka yang bermasalah kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Laporan mengejutkan mengenai kisah kehidupan terkini Sufiah itu didedahkan akhbar News of the World pada 31 Mac lalu.

Wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu sepatutnya kaya-raya ketika ini, tetapi minggu lalu, dia menanggalkan pakaiannya untuk wartawan akhbar berkenaan yang menyamar pelanggan di flet kos rendahnya di Salford, Manchester.

Sufiah menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun (RM845) bagi satu sesi bagi menampung kehidupannya.

1 comment:

nikmatnya... said...

SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…

YANG SIMPATI,

+60128624623

http://826.pollhost.com

lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah