Tuesday, April 1, 2008

Jual cerita sudah kaya

LONDON: Sebuah akhbar sanggup menawarkan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan cerita kehidupan remaja genius matematik, Sufiah Yusof, 23, sebelum dia terbabit dalam kegiatan pelacuran.


Bekas suaminya, Jonathan Ibraheem Marshall, 28, berkata sebagai seorang yang pintar, Sufiah mempunyai banyak kelebihan.

“Dia mempunyai seseorang untuk membiayainya ketika di universiti. Sebuah akhbar memberitahu saya, ia menawarkan sejumlah besar wang untuk mendapatkan cerita mengenai Sufiah.

“Secara peribadi, saya lebih bersedia menjual cerita itu daripada dia menjual tubuhnya,” katanya yang terkejut dengan laporan akhbar News of the World keluaran Ahad lalu mengenai Sufiah.

sAkhbar itu mendedahkan Sufiah melacur untuk menyara hidupnya dengan menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun (RM845) sejam.

Sufiah dikatakan menggunakan nama Shilpa Lee dalam laman web pelacuran.

Menurut Jonathan, dia terkejut dan kecewa dengan pendedahan mengenai kehidupan bekas isterinya itu.

“Saya amat terkejut. Saya tidak dapat mengagak mengapa dia bertindak demikian, lebih-lebih lagi orang sepertinya. Walaupun mempunyai masalah dengan keluarga, dia mempunyai banyak kelebihan yang orang lain tidak ada,” katanya.

Marshall berkenalan dengan Sufiah ketika mereka menuntut di Universiti Oxford.

Sufiah mendapat tempat belajar di universiti itu ketika berusia 13 tahun manakala Marshall yang memeluk Islam sebelum berkahwin, adalah pelajar undang-undang.

hmetro
Mereka berkahwin pada 2004 ketika dia berusia 24 tahun dan Sufiah, 19. Malangnya, perkahwinan itu hanya bertahan dua tahun.

Bercakap dari Arab Saudi, tempat dia bekerja dengan sebuah syarikat guaman, Marshall berkata: “Alasan perceraian kami ialah saya menjadi lebih taat kepada ajaran Islam, tetapi Sufiah semakin menjauhi agama itu.

“Dia keliru. Dia tidak tahu apa yang dimahukannya. Dia belum bersedia untuk berumah tangga. Pada asasnya, dia mahu menjadi pelajar. Bukanlah susah sangat untuk hidup bersamanya.

“Kami hanya mempunyai matlamat yang berbeza. Pada pengetahuan saya, tidak ada antara kami yang bertindak curang. Saya tidak pernah terfikir mengenai hal itu semata-mata kerana asas agama dalam perkahwinan kami,” katanya.

Menurutnya, Sufiah menamatkan kursusnya, tetapi gagal menduduki peperiksaan akhir kerana masalah kesihatan.

Selepas Marshall mula bekerja dengan sebuah firma guaman terkenal, pasangan itu berpindah ke London dan kemudian ke Singapura untuk seketika.

Mereka memutuskan menamatkan perkahwinan pada Ogos 2005 ketika menetap di Singapura.

Sekembali ke London, Sufiah kembali belajar dalam bidang ekonomi di Universiti London.

Marshall yang sudah berkahwin lain dan kini mempunyai dua anak, menyara Sufiah selama lapan bulan sebelum bekerja di Arab Saudi.

Katanya, dia tidak fikir bekas isterinya itu didera secara fizikal oleh bapa ketika kanak-kanak, tetapi tidak pasti mengenai penderaan psikologi.

Namun, menurut Marshall, ada hadnya untuk seseorang menyalahkan zaman kanak-kanak Sufiah.

“Pada pandangan saya, orang boleh menyalahkan zaman kanak-kanak pada satu tahap, tetapi pada satu peringkat lain, anda perlu bertanggungjawab terhadap tindak-tanduk anda sendiri,” katanya.

Marshall berkata, dia tidak tahu bagaimana hendak menghubungi Sufiah kecuali menerusi nombor telefon bimbit yang ada pada laman web tempat dia iklankan khidmat seksnya.

“Saya berharap dia akan kembali ke pangkal jalan. Dia mempunyai keupayaan, tetapi amat menyedihkan dia gagal untuk menggunakan bakatnya untuk menjalani kehidupan,” katanya.

1 comment:

nikmatnya... said...

SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…

YANG SIMPATI,

+60128624623

http://826.pollhost.com

lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah