Friday, April 4, 2008

01-04-2008: Sufiah Yusof

from : Persatuan Melayu UK
Update 03-04-08: We are trying to fly in a team of 4 persons from Malaysia. Please donate generously. This effort will also enable us to build a more permanent infrastructure for the benefit of the Malay and Muslim community in the UK.









Assalamu alaikum,

Berdasarkan perbincangan dengan pengamal perubatan Islam dan beberapa petunjuk Ilahi, kami yakin Sufiah sekarang dibawah pengaruh sihir. Oleh itu satu delegasi dari Malaysia yang di ketuai oleh Ustaz Trimizi Zainal akan bertolak dari Malaysia pada 19hb April ini khusus untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah perubatan Islam. Ustaz Trimizi Insya'Allah akan berada di UK selama 1 bulan dan Insya'Allah beliau akan merawat Sufiah sepanjang tempuh tersebut.

Bagi mereka yang tidak mengenali Ustaz Trimizi, beliau adalah seorang pemuda yang menghafaz Al-Qur'an dan cergas di bidang dakwah. Beliau telah beberapa kali dihantar ke luar negara di bawah Grup Pengkaji Tamadun Dunia untuk khidmat dakwah dan sosial. Beliau juga pernah melakukan khidmat dakwah dan sosial kepada Melayu UK selama 1 bulan pada awal tahun lepas.

Selain dari kegiatan dakwah, beliau juga seringkali ke Australia, Singapura, Brunei dan tidak ketinggalan beberapa negeri di Malaysia termasuk Sabah atas jemputan masyarakat di sana untuk merawat orang-orang yang menjadi mangsa sihir. Allah telah memberikan beliau kelebihan semenjak berumur 8 tahun lagi dan kini beliau juga mempunyai ijazah perubatan Islam dari seorang tokoh perubatan Islam di Jordan iaitu Sheikh Ibrahim al-Masri.

Ustaz Trimizi adalah salah seorang pengasas "Paranormal Islamic Support and Nurture Group", sebuah organisasi yang akan didaftarkan sebagai NGO tidak lama lagi. NGO ini mempunyai beberapa matlamat dan salah satu matlamatnya ialah menyebarkan Islam melalui perubatan Islam secara holistik kepada dunia barat.

Saya juga telah berkesempatan menyaksikan beberapa sessi perubatan yang dijalankan oleh beliau. Beliau menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan bacaan yang jelas dan tidak menimbulkan apa-apa keraguan. Pada pandangan saya, Insya'Allah beliau bakal menjadi seorang tokoh perubatan Islam yang dihormati di Asia Tenggara mahu pun di dunia.

Untuk memanafaatkan kehadiran beliau di UK, kami akan mengadakan beberapa klinik perubatan Islam di mana masyarakat di UK boleh mendapatkan rawatan dari beliau. Klinik ini akan dibuka kepada semua orang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, warganegara atau agama. Sesiapa yang berminat diharap dapat menghubungi kami secepat mungkin melalui emel hamidi @ melayu.org.uk untuk memudahkan perancangan.

Oleh kerana matlamat utama delegasi ini adalah untuk merawat Sufiah ikhlas kerana Allah, kami berharap anda akan dapat memberikan sumbangan seperti berikut:
1. sumbangan kewangan yang ikhlas untuk menampung kos tiket penerbangan, perjalanan, makanan, penginapan selama sebulan dan lain-lain
2. doa dan solat hajat semoga Allah memudahkan kami berjumpa Sufiah dan merawatnya
3. menyebarkan kepada orang lain semoga sama-sama berdoa, solat hajat dan memberi sumbangan kewangan yang ikhlas
Sumbangan kewangan boleh dimasukkan ke dalam akaun berikut:

Bank: Lloyds TSB
Account Name: N. Hamidi
Account number: 00323982
Sort code: 30-90-77
Reference: PISANG

Wassalam,
Hamidi Abdul Rahman
(Presiden Melayu UK)


[ English translation]

Assalamu alaikum,

Based on discussion with Islamic medical practitioners and several divine guidance, we are convinced that Sufiah is under the influence of black magic. For that reason, a delegation from Malaysia headed by Ustaz Trimizi Zainal will depart Malaysia on 19th April to treat Sufiah using Islamic Medical practice. Ustaz Trimizi Insha'Allah will be in UK for 1 month and Insha'Allah he will treat Sufiah for the whole of the duration.

For those who do not know Ustaz Trimizi, he is a young Hafiz and active in dakwah. He has been sent overseas for dakwah and social missions by Grup Pengkaji Tamadun Dunia (World Civilisation Research Group - gptd.blogspot.com). Melayu UK has also benefited when he offered his dakwah and social service for 1 month early last year.

Apart from dakwah activities, he frequently goes to Australia, Singapore, Brunei and Malaysian states including Sabah by invitation from the communities to treat those who were affected by black magic. Allah has given him the ability to treat people since the age of 8 and he also holds an ijazah from a prominent Islamic medical practitioner in Jordan i.e. Sheikh Ibrahim al-Masri.

Ustaz Trimizi is a founding member of "Paranormal Islamic Support and Nurture Group", an organisation that will shortly be registered as an NGO. The NGO has several objectives, one of them being to spread Islam to the western world through holistic approach of Islamic medical treatment.

I had witnessed several treatment sessions conducted by Ustaz Trimizi. He uses Quranic verses with clear recitation, clearing any doubts about his method. In my opinion he is set to become a great Islamic medical practitioner in South East Asia or even the world.

To maximise the benefit of his stay in the UK, we will be holding several clinics where people can get treatment. The clinics will be open to everybody regardless of their age, gender, race, nationality or religion. Whoever is interested in getting treatment should contact us as soon as possible via email hamidi @ melayu.org.uk to ease us in our planning.

Since the primary objective of the delegation is for the treatment of Sufiah for the sake of Allah, we hope you will be able to contribute as follows:
1. monetary contribution to cover the cost of flight, transportation, food, lodging etc for 1 month
2. making supplication and hajat prayers so that Allah will make it easy for us to meet Sufiah and treat her
3. disseminate this information to others so that they too will make supplication and hajat prayers and donate some money

Monetary contribution can be made by direct payment to the following bank account:

Bank: Lloyds TSB
Account Name: N Hamidi
Account Number: 00323982
Sort code: 30-90-77
Reference: PISANG

Wassalam,
Hamidi Abdul Rahman
President, Melayu UK

1 comment:

nikmatnya... said...

SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…

YANG SIMPATI,

+60128624623

http://826.pollhost.com

lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah