Sunday, April 13, 2008

Bukan tak cukup duit


Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my

BANGI: Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) mendapati pelajar pintar matematik yang diterima masuk ke Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, Sufiah Yusof yang terbabit dengan kegiatan tidak bermoral disebabkan soal peribadi semata-mata.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin, berkata menerusi maklumat dikumpul MSD, tindakan wanita warga Britain itu bukan disebabkan masalah kewangan untuk menampung pengajiannya tetapi lebih kepada masalah peribadi.

“Ini bukan soal tidak cukup duit kerana dia sudah lama meninggalkan universiti tempat pengajiannya.

“Ini hanya soal peribadi dan tiada kaitan langsung dengan universiti,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan pertama ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Hadir sama timbalannya, Datuk Idris Haron dan Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

No comments: