zalifah@hmetro.com.my
MUAR: Wanita genius matematik, Sufiah Yusuf, 23, yang terbabit dengan kegiatan pelacuran pernah pulang ke rumah pusaka ibunya, Halimaton Yusuf di sini, menziarahi nenek uzur pada 2004 bersama bekas suami, Jonathan Ibraheem Marshall, 28.
Seorang keluarga terdekat yang enggan dikenali berkata, selain menjenguk nenek terlantar sakit, Sufiah dan bekas suami pernah menziarah rumah keluarga sebelah ibu di daerah ini.
Katanya, walaupun ketika itu Sufiah atau lebih mesra di kalangan keluarga sebelah ibu sebagai Sufi, tidak bertudung tetapi penampilannya bersopan dengan pakaian tradisional Pakistan.
“Sufi seorang yang ceria, lembut dan manis walaupun sukar berkomunikasi kerana tidak fasih Bahasa Melayu tetapi dia tetap cuba bermesra dengan keluarga. Penampilan baru Sufi yang disiarkan di akhbar adalah satu kejutan besar kepada kami sekeluarga.
“Kita tidak mengetahui masalah dihadapi dan keadaan sebenar dirinya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dia berkata, seperti kata pepatah air dicincang tidak akan putus, keluarga bersedia menerima Sufi dan berharap negara ini menjadi pilihannya.
Menurutnya, setiap manusia tidak dapat lari melakukan kesilapan, begitu juga dengan Sufiah hingga terjebak dalam kegiatan tidak bermoral seperti didakwa.
Dia berharap Sufiah ditemui dibawa ke negara ini bersama ibunya memulakan kehidupan baru.
“Banyak peluang yang ada di negara ini, mereka boleh hidup dengan lebih baik di sini, malah masalah yang ditempuhi Eton (Halimaton) juga dapat dikongsi bersama dengan ahli keluarga lain.
“Mereka sekeluarga boleh hidup di sini dengan lebih baik terutama Sufi,” katanya.
1 comment:
SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…
YANG SIMPATI,
+60128624623
http://826.pollhost.com
lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah
Post a Comment