Sunday, April 13, 2008

Habuan lumayan


Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Wanita genius matematik, Sufiah Yusof, mungkin terdesak atau diumpan dengan bayaran lumayan sehingga terdorong membuat pengakuan kononnya dia dengan rela hati menjadi pelacur.

Demikian pendapat Presiden Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom, Hamidi Abdul Rahman berikutan wujud kelompangan dalam dua laporan akhbar edisi on-line News of the World mengenai bekas pelajar Universiti Oxford itu.

“Kalau dibandingkan dua berita iaitu waktu mula-mula cerita ini tersebar dan berita pengakuannya, wujud beberapa fakta agak meragukan. Contohnya, dalam laporan pertama ada menyebut dia sekadar menerima bayaran 130 paun (RM845) untuk melakukan seks dengan pelanggan di flet kos rendahnya tetapi dalam berita susulan, tiba-tiba melaporkan dia hidup mewah, mendapat pakaian dan beg berjenama, bercuti di kapal mewah dan menaiki helikopter.

“Dalam laporan pertama juga menyebut dia gementar ketika membuka baju tapi laporan seterusnya tanpa segan-silu Sufiah kononnya berkata dengan mudah dapat memberi rangsangan terbaik untuk minda dan tubuh pelanggannya. Mana mungkin dalam masa seminggu dia berubah hati dan membuat kenyataan berbeza dengan laporan sebelumnya,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Hamidi juga tidak menolak kemungkinan Sufiah memerlukan bantuan kewangan sehingga sanggup membiarkan wartawan yang menemubualnya memutarbelitkan laporan dan menulis apa saja asalkan mendapat bayaran.

“Saya tak mahu membuat sebarang tuduhan tetapi menjadi kebiasaan pengamal media di sini (United Kingdom) untuk memberi bayaran kepada mana-mana individu bagi memperoleh berita eksklusif untuk disiarkan.

“Mungkin Sufiah terdesak dan memerlukan duit hingga merelakan cerita mengenai kehidupannya diputarbelitkan sedangkan apa yang berlaku tidak begitu,” katanya.

Menurutnya, dia yakin Sufiah masih memerlukan bantuan dan ingin mencari jalan keluar daripada kemelut yang melanda kehidupannya.

“Sebab itu kami tak akan berputus asa dan sedaya upaya cuba membantu Sufiah supaya dapat kembali ke pangkal jalan. Usaha kami ini pun bukan setakat untuk Sufiah saja, tapi juga buat wanita Melayu atau Islam di sini yang mengalami nasib serupa,” katanya.

Ditanya keadaan ibu Sufiah, Halimaton Yusof, Hamidi berkata, wanita itu kini banyak melakukan ibadat dan berdoa supaya anak kesayangannya itu dapat diselamatkan.

p/s : dari info laman social escort, bayaran pelacur kelas atasan lebih 200 pound sejam, sufiah tak layak disebut pelacur kelas atasan

No comments: