SHAH ALAM: Ibu bapa yang dianugerahkan dengan anakanak pintar perlu menjadikan kes yang menimpa Sufiah Yusof sebagai satu pengajaran bahawa kanak-kanak sebijak manapun masih tetap kanak-kanak dan tidak boleh dikongkong, kata Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Seri Prof Ibrahim Abu Shah.
"Walaupun dilahirkan genius (pintar), mereka memerlukan masa untuk berehat, bermain dan tidak boleh dikongkong atau diberikan tekanan," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas kes Sufiah, 23, pelajar di United Kingdom yang pernah memasuki Universiti Oxford tetapi baru-baru ini dilaporkan menjadi pekerja seks.
Ibunya, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, manakala bapanya Farooq Yusof dari Pakistan kini dipenjara kerana bersalah mencabul kehormatan dua gadis.
Pada zaman kanak-kanaknya, Sufiah dilaporkan mendapat tekanan yang teruk daripada bapanya untuk berjaya dalam bidang pelajaran yang memaksa dia lari dari rumah.
Ibrahim berkata apa yang menimpa Sufiah berpunca dari kepincangan institusi kekeluargaan dan sikap bapanya yang terlalu memberi tekanan kepadanya sehingga Sufiah tidak dapat membesar sebagai kanak-kanak biasa seusia dengannya.
Terdahulu, Ibrahim menandatangani perjanjian persefahaman mengenai pellantikan Penolong Amil dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diwakili pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Md Isa
Pada Majlis yang sama, Ibrahim turut menyampaikan bantuan zakat berjumlah RM79,225 kepada 120 pelajar universiti itu yang terdiri daripada asnaf yang layak.
Pungutan zakat di UiTM dilakukan melalui Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) yang mendapat panduan dari MAIS. Pusat itu beroperasi sejak 1998 dan merupakan yang pertama seumpamanya dalam kalangan universiti di negara ini.
Ibrahim berkata biasiswa zakat akan diperkenalkan pada tahun ini untuk lima pelajar di bawah kategori asnaf yang cemerlang yang akan diberikan bantuan sebanyak RM4,000 setiap semester. BERNAMA
Friday, April 4, 2008
Kes Sufiah perlu jadi pengajaran kepada ibu bapa anak-anak pintar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…
YANG SIMPATI,
+60128624623
http://826.pollhost.com
lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah
Post a Comment