LONDON: Rakyat Malaysia, Halimaton Yusof, ibu remaja genius matematik, Sufiah Yusof, dilaporkan akan menuntut perceraian daripada suaminya, Farooq Yusof.
Akhbar Britain, Daily Telegraph semalam melaporkan, wanita itu meninggalkan rumah keluarganya di Coventry untuk mengatur proses perceraian dengan suaminya.
Rumah tangga pasangan itu tidak lagi boleh diselamatkan berikutan pengakuan Farooq minggu lalu terhadap tuduhan melakukan pencabulan seksual terhadap dua pelajar tuisyennya yang masing-masing berusia 15 tahun.
“Kami tidak mahu ada lagi sebarang hubungan dengan bapa saya. Dia begitu kasar kepada kami. Kerana itu Sufiah melarikan diri,” kata abang Sufiah, Isaac Abraham, 26, kepada wartawan di hadapan rumahnya.
Sepuluh tahun lalu, Farooq disanjung sebagai perintis dalam mendidik kanak-kanak secara intensif di rumah dan sasaran eksperimennya ialah lima anaknya.
1 comment:
SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…
YANG SIMPATI,
+60128624623
http://826.pollhost.com
lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah
Post a Comment