KUALA LUMPUR: “Kalau tuan punya badan sendiri tak nak ditolong, buat apa kita nak susah-susah. Kita tak nak jadi seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
“Tak payah ada jawatankuasa kerana kita tak mahu lagi membuang masa kerana Sufiah sendiri tidak mahu dibantu, sebaliknya mengaku seronok melakukan pekerjaan itu (melacur),” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru berkaitan bantuan kepada wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang menjadi pelacur dengan membuat pengakuan di akhbar News of the World.
Selain pengakuan itu, katanya, usaha membantu Sufiah akan turut dihentikan selepas mempertimbangkan beberapa perkara, termasuk kesukaran mencampuri urusan wanita berkenaan yang memegang kerakyatan Britain selain JPM mahu menumpukan usaha membantu masyarakat tempatan.
Menurutnya, penubuhan jawatankuasa khas bagi membantu Sufiah minggu lalu dibuat atas beberapa sebab, termasuk status Sufiah sebagai Islam manakala ibunya seorang Melayu dan mempunyai kerakyatan Malaysia.
Justeru, Ahmad Zahid berkata, pihaknya tidak bermaksud meminggirkan masalah masyarakat tempatan dengan mengutamakan kes Sufiah.
“Sebelum pengakuan itu, kita berasa bertanggungjawab membantunya kerana berasa dia mungkin terjerumus dalam kegiatan itu disebabkan masalah keluarga, kesempitan wang untuk meneruskan pengajian di universiti atau dipaksa pihak tertentu.
“Tetapi apabila dia sendiri membuat pengakuan dalam media yang dia memang menyukai pekerjaan itu, kita sudah tidak berminat membantunya,” kata Ahmad Zahid ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Kata Ahmad Zahid, kerajaan sentiasa berusaha membantu umat Islam di negara ini melalui jabatan agama di setiap negeri selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada peringkat kebangsaan.
“Jika ada rakyat Malaysia di negara lain menghadapi masalah serupa juga, usaha sebegini (bantuan) mungkin boleh diteruskan, bergantung kepada kes tertentu, terutama berkaitan imej Islam dan negara,” katanya.
1 comment:
SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…
YANG SIMPATI,
+60128624623
http://826.pollhost.com
lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah
Post a Comment