Sunday, April 6, 2008

Sentiasa cari anak

source : hmetro.com.my
LONDON: Halimaton Yusof, ibu pelajar pintar, Sufiah Yusof, tertanya-tanya sama ada usaha beliau dan suami melihat anak mereka berjaya, menjadi punca hidup anak keempatnya musnah.

Selepas beberapa tahun tertanya-tanya nasib Sufiah, 23, yang hilang, beliau memperoleh berita mengenai perkembangan terbarunya apabila akhbar News of the World menyiarkan berita anaknya melacur untuk membiaya pembelajarannya di Universiti Oxford.

Halimaton, 51, dalam temubual dengan Daily Mail mengaku sentiasa mencari anaknya dan sentiasa tertanya-tanya sama ada mampu melindungi Sufiah daripada cara didikan keras suaminya, Farooq Yusof.

“Sepanjang kehilangan Sufi, saya tak tahu sama ada dia masih hidup atau tidak. Seluruh tubuh saya menggeletar apabila dimaklumkan mengenai laporan akhbar itu. Ibu mana yang menjangkanya dan sebahagian daripada diri saya berasa, cita-cita kami mendesaknya untuk berjaya menjadi punca masalah ini.

“Saya tak tahu apa yang bermain di fikirannya, tapi saya tak mahu menghukumnya dan kami sekeluarga sentiasa menantinya dengan tangan terbuka. Saya bersedia menerimanya pada bila-bila masa.

“Kami mengharungi pelbagai masalah, tapi saya percaya satu hari nanti kami akan bersama kembali sebagai satu keluarga,” katanya yang menuntut cerai daripada suaminya, Farooq yang mengaku bersalah mencabul dua remaja berusia 15 tahun.

Hingga kini, cubaannya untuk menghubungi Sufiah di nombor telefon bimbit yang dimilikinya gagal.

“Saya tak lihat gambar yang disiar di akhbar dan saya tak mahu melihatnya. Anak lelaki saya menyatakan, lebih baik saya tidak melihatnya. Hakikatnya, saya ingin mengingati Sufiah seperti yang saya ingati sebelum ini.

“Saya tak tahu apa yang dia lakukan pada masa ini, sama ada ia untuk membuatkan ayahnya marah atau kerana kesempitan hidup. Saya harap dapat menyelami fikirannya, tapi tidak mampu berbuat demikian kerana Sufiah sebelum ini meminta saya supaya tidak memikirkannya.

“Saya minta pandangan peguam bagaimana saya dapat membantunya, tapi kami tak memiliki hak kerana dia sudah dewasa. Saya hanya mampu berdoa Sufiah kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Apapun, Halimaton enggan menyalahkan suaminya.

“Tak guna saya menuding jari, tapi saya harap Farooq mahupun Sufi menilai semula keadaan mereka dan menyelesaikan masalah ini. Saya tahu Sufi gadis baik dan saya harap dia kembali kepada dirinya yang sebenar,” katanya.

Halimaton bernasib baik kerana hubungannya dengan empat lagi anaknya, Abraham, 26, Iskander, 21, Aisha, 25, dan Zuleika, 14, sangat rapat. Beliau menetap di rumah mereka di Coventry bersama Abraham, Iskander dan Zuleika, manakala Aisha menetap bersama suaminya di kawasan kediaman berhampiran dan sentiasa melawatnya.

Keempat-empat anaknya dikelaskan sebagai pelajar pintar. Iskander mendaftar di Universiti Warwick pada usia 12 tahun manakala Aisha pula 15 tahun, tapi Sufiah dianggap paling bijak.

Namun, dalam e-mel terakhirnya, Sufiah menyatakan bapanya adalah punca masalahnya. Iskander, pakar komputer, sedikit-sebanyak setuju dengan pandangan adiknya tapi pada masa sama menyatakan, bapanya bukan ganas.

“Bapa seolah-olah memiliki sesuatu untuk dibuktikan dan kami adalah cara dia membalas ketidakadilan dunia. Sikapnya berubah dalam sekelip mata, ada kalanya dia tenang tapi kemudian berubah menjadi garang dan memarahi kami. Atas sebab itu kami sentiasa ketakutan,” katanya.

Akibat tekanan, Sufiah akhirnya tidak pulang ke rumah selepas peperiksaan ketiganya di Oxford pada 22 Jun 2000, sebaliknya menaiki kereta api ke Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan.

Polis menemuinya tiga minggu kemudian dan Sufiah meminta beliau dihantar ke rumah kebajikan.

“Saya kecewa dan tidak faham kenapa Sufi perlu lari. Dia tak pernah merungut, sebaliknya lebih banyak berdiam diri. Pada masa itu saya sedar, Sufi memendam perasaan. Apapun, saya turuti kemahuannya kerana paling penting untuk saya ialah dia selamat.

“Namun mungkin itu kesilapan saya kerana jika saya lebih tegas dan tidak menuruti kemahuannya, keadaan mungkin tidak menjadi seperti sekarang,” katanya.

Selain sikap Sufiah, Halimaton terkejut dengan hukuman penjara yang dikenakan terhadap suaminya.

“Saya pada mulanya tak percaya dengan tuduhan itu, tapi apabila beliau mengaku, saya terpaksa menerimanya.”

Perkembangan itu sekurang-kurangnya memberi harapan baru, tanpa Farooq yang dibencinya, Sufiah mungkin pulang.

2 comments:

Anonymous said...

i've never agree on this!! never never ever. what we shud do all this? she never needs our helps. stop this, please.

and if the help is because of she hold malaysia's shcolarship, terminated it. like what malaysia government did to other malaysia students.

-ariffin said-

nikmatnya... said...

SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…

YANG SIMPATI,

+60128624623

http://826.pollhost.com

lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah