Saturday, April 5, 2008

Undang-undang halang jejaki Sufiah

05-04-2008 12:46:55 PM
oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Misi ‘selamatkan Sufiah’ kini berdepan dengan masalah apabila Kerajaan Britain tidak membenarkan maklumat warganegaranya diselidik atau dikenal pasti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, Kerajaan Britain mempunyai undang-undang yang ketat melalui Akta Perlindungan Data yang melindungi maklumat peribadi warganegara itu.

“Undang-undang adalah kekangan utama yang kita hadapi dalam usaha untuk menjejaki Sufiah,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Mashitah turut mendedahkan bahawa ibu Sufiah, Halimaton Yusof, hanya membenarkan Presiden Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom (PMMUK), Hamidi Abdul Rahman untuk mencari dan menyelamatkan Sufiah.

“Ibunya hanya benarkan PMMUK untuk melakukan usaha menjejaki Sufiah, jadi kita kena akur.”

“Buat masa ini PMMUK akan menjejaki Sufiah terlebih dahulu dan tindakan susulan... kita akan bekerjasama dengan mereka untuk membantu selepas Sufiah ditemui,” tambahnya lagi.

Terdahulu, akhbar News of the World mendedahkan kisah hidup wanita pintar Sufiah Yusof, 23, yang diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya.

Akhbar itu turut melaporkan Sufiah mengiklankan ‘perkhidmatannya’ melalui internet dengan harga 130 pound (RM830) bagi setiap sesi.

Mashitah berkata, kerajaan Malaysia akan cuba membantu menyelamatkan Sufiah kerana syarikat Sime Darby dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab menanggung kos pembelajaran Sufiah di Oxford dahulu.

“Walaubagaimanapun kita perlu akur jika Sufiah enggan diberikan bantuan, kita hanya boleh berusaha untuk membantu, tapi semuanya bergantung kepada Sufiah sendiri.”

“Kita nak bantu orang sakit, tapi kalau orang sakit itu enggan makan ubat...apa yang boleh kita lakukan,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...

It's a total waste of time and public money. Dah lah belajar kat Oxford dulu Kementerian sponsor...duit rakyat Malaysia tu, walhal ramai lagi rakyat Malaysia yg lebih memerlukan dari segi pelajaran masatu

Ni plak nak carik/selamatkan dia...duit rakyat lagi tu...rakyat malaysia yg hanyut kat sini taknak diselamatkan...tak paham2 bahasalah Datuk2ni...patut pon kalah tu hari...perabih duit rakyat jer...nyamuk sebelah rumah nampak tapi gajah dalam rumah sendiri tak nampak...

Anonymous said...

Sokong tu...

Student Malaysia yg tak bayar loan siap kena kejar/publish nama dlm paper. Guaranto pon kena kejar,ada yg tak pasal2 kena bayarkan...yg kes satuni plak free2 jer guna duit rakyat malaysia, pastu plak jual tubuh nak sara diri dgn gaya mewah. Apa ROI (Return Of Investment)utk rakyat malaysia dgn sumbangan Kementerian taja dia belajar dulu?Kalau dia bleh boasting around with the sum she gets...bayar ler balik duit rakyat Malaysia...tu jer dah nampak dia tak kenang budi...one has to remember she's ONLY half Malaysian...

Adik Adi Putera yg kat sini tu pon macam2 dalih nak tolong dia...mcm nak tak nak jer tolong dia...

Anonymous said...

i think it's sheer madness...not sufiah but Dr. Mashitah! Have a look at her interview in you tube...do not waste public money! She made a choice..

nikmatnya... said...

SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…

YANG SIMPATI,

+60128624623

http://826.pollhost.com

lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah