Wednesday, June 7, 2000

Ibu bapa Sufiah putus harapan



COVENTRY 5 Julai - Ibu bapa pelajar pintar, Sufiah Yusof, 15, sudah putus harapan untuk menemui semula anak mereka yang hilang sejak 21 Jun lalu.

''Kami telah berikhtiar dari segenap segi. Kami menjangkakan sesuatu yang buruk,'' kata Farook dan Halimahton kepada wartawan Malaysia di rumah sewa mereka di luar kampus Universiti Warwick, hari ini.

Sufiah, penuntut jurusan matematik di Universiti Oxford dilaporkan hilang selepas selesai menduduki peperiksaan akhir tahun tiga pada 21 Jun lalu. Berita kehilangannya mendapat liputan meluas oleh akhbar-akhbar utama di Britain.

Pasangan itu juga kini bimbangkan keselamatan empat lagi anak pintar mereka - dua daripadanya menuntut di Universiti Warwick, tidak menolak kemungkinan meninggalkan Britain dan menetap semula di Malaysia.

Farooq, pakar matematik yang berasal dari Pakistan, memiliki kerakyatan Britain dan bertugas sebagai pengarah syarikat multimedia dan pendidikan online manakala Halimahton yang berasal dari Muar ialah seorang ahli kimia.

Kesemua lima anak mereka tidak belajar di sekolah tetapi diajar sendiri oleh Farooq dan Halimahton di rumah.

Aisha, 15, dan Iskandar, 13, sedang menuntut dalam tahun dua jurusan matematik di Universiti Warwick manakala Ishak, 19, mendalami bidang komputer secara bersendirian dan bekerja sambilan di sebuah syarikat teknologi maklumat.

Ditanya siapakah dalang di sebalik kehilangan anaknya, Farooq berkata, ''pihak ketiga itu mempunyai rancangan yang tersusun, kecanggihan yang tinggi dan amat teliti.

''Mereka mempunyai agenda tersendiri (yang satu daripadanya) bertujuan menjauhkan Sufiah dari keluarga, terutama saya,'' jelas Farooq menerusi laporan koresponden Star di London, Tan Kah Peng.

Katanya, pihak ketiga itu berminat dengan kaedah yang beliau gunakan untuk mempercepatkan pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

Farooq dan Halimahton turut bersedia menerima kemungkinan yang buruk tentang keselamatan anak mereka, yang mungkin telah dihasut.

Katanya, beliau dan isterinya menyedari terdapat perubahan pada tingkah laku Sufiah yang agak tertekan, sepanjang tiga bulan beliau mengulang kaji pelajarannya.

Ditanya tentang penglibatan Sufiah dalam politik dan kegiatan sosial, Farook berkata, anaknya hanya terlibat dengan kegiatan seharian sebagai pelajar di Warwick di mana terdapat 350 pelajar Malaysia sedang menuntut.

1 comment:

nikmatnya... said...

SAYA PASTI AYAH KAMU TELAH DIANIYA KERAJAAN BRITAIN SAMPAI TERPAKSA NGAKU & MASUK PENJARA YANG AKHIRNYA SUFIAH PULAK BERONTAK JADI…

YANG SIMPATI,

+60128624623

http://826.pollhost.com

lmn WAP dgn GPRS hp d
http://wapamama.net/selamatkansufiah